Nampaknya Proton begitu menarik perhatian sekali pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) yand diadakan PWTC dengan penampilan ‘Proton Pahlawan Series’.
Idea ‘Concept’ yang dipersembahkan oleh Proton, ‘Proton Pahlawan Series’, didatangkan dengan 5 Model Konsep iaitu Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekir, Proton Lekiu, dan Proton Kasturi.
Sepertimana yang anda boleh agak, nama-nama kenderaan konsep dari Proton tersebut mendapat inspirasi dari nama 5 Pahlawan bersaudara dari Hikayat Kisah Melayu.
Kesemua kenderaan konsep tersebut dibangunkan berasaskan model Proton yang terkini, dan terdapat juga model yang dibangunkan oleh Lotus dan Proton.
Senarai Kereta Konsep Proton dan platform kenderaan yang dikongsi :
Proton Tuah : Proton Persona (Proton Persona R / Replacement ?)
Proton Jebat : Proton Inspira (Mitsubishi Lancer)Proton Lekir : Lotus Europa SProton Lekiu : Proton ExoraProton Kasturi : Proton Saga
Meskipun kesemuanya dinyatakan sebagai kereta konsep, namun ada yang berpandangan bahawa model-model tersebut kelihatan seperti sudah bersedia untuk dihasilkan secara meluas.
Tahniah Proton! Pencapaian yang membanggakan pada penglibatan KLIMS kali ini!
Jom ramai-ramai ke KLIMS 2010 di PWTC untuk saksikan sendiri model-model konsep dari Proton ini!
Saksikan sedikit gambar-gambar setiap Model Kereta Konsep dari Proton ini.
No comments:
Post a Comment