Teringat akan ciri2 orang munafik ..Oh kite semua hampir termasuk dalam golongan munafik lah..Ops bukan aku nak tuduh korunk sumo manafik tapi banyak perkara yang kita lakukan untuk terjebak or tergolonglah kan dalam golongan MUNAFIK nie kan2...
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang.”
(Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn ‘Amr)
Hadis ini menyebut empat sifat munafik:
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah2 yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
sumber :Nurjehan wp
Woah panjang lebar penjelasan nurjehan nie..Ku nak terangkan takot salah jadi aku pun kopypaste lah yer.Maap nurjehan nk tunggu awak blas mmg lambat jadi sye Plagrism jwk lah yer..Niat berkongsi sahaja..
Da: jangan tiru aku dan jangan buat selalu benda nie ..Dosa menciplak yer
Hurmm..Risau kan sebab benda ini ada dalam kehidupan harian kita lah kan jadi kena lah paham2..Saling mengingati sahaja..Salam
No comments:
Post a Comment